Anwar temu Thaksin bincang situasi Myanmar, mata wang kripto

Anwar temu Thaksin bincang situasi Myanmar, mata wang kripto

Perdana menteri pada 16 Dis lalu mengumumkan pelantikan Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menemui bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra semalam. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra semalam.

Anwar berkata, pertemuan dengan Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal pengerusi Asean itu membincangkan pelbagai perkara penting, termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.

“Pada sebelah malam, kami teruskan diskusi ini bersama bekas menteri luar Singapura, George Yeo,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pada 16 Dis lepas, Anwar mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan pengerusi Asean 2025 pada 1 Jan lalu, kali kelima sejak penubuhan Asean pada 1967.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi pengerusi Asean pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.