
PETALING JAYA: Polis sedang cuba mengesan seorang wanita bernama Yong Jia Yein yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Dalam kenyataan, Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, Yong, 34, meninggalkan rumahnya di Kondominium Pelangi Utama menaiki sebuah Proton Iswara berwarna biru dengan nombor pendaftaran BDV 1304.
Yong berambut pendek dan berbadan sederhana, dengan ketinggian 158cm.
Hussin berkata, polis menerima laporan orang hilang berkenaan Yong pada 12.36 pagi semalam.
Individu yang mempunyai maklumat tentang keberadaan wanita itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat Hafizzul Noor menerusi talian 03-77222222.