
Beliau menyuarakan kebimbangan ada pesawah enggan tingkat hasil dan hanya berpuas hati andai belian lantai padi ditingkatkan yang ketika ini ditetapkan RM1,300 bagi satu tan.
Katanya, ketika ini ramai petani sekadar dapat menghasilkan sekitar empat tan padi bagi setiap hektar, dengan ada hanya dua tan padi sahaja bagi keluasan sama.
“Ada pula cuma hasilkan dua tan padi saja sebab mereka kejar harga.
“Apabila kilang beli harga RM1,800, mereka kata tak buat sungguh-sungguh pun tak apa kerana harganya tinggi sedangkan jumlah itu tak berbaloi untuk sehektar sawah, ada orang lain dapat hasilkan antara tujuh hingga 12 tan,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Alor Setar.
Mahfuz berkata, hasil lebih banyak akan menyumbang kepada pertambahan pendapatan pesawah, selain mengulangi kerajaan tidak pernah merendahkan harga lantai belian padi.
“Hakikatnya, kerajaan tidak pernah turunkan harga padi, sebaliknya telah menetapkan harga lantai lebih tinggi daripada RM1,200 kepada RM1,300 sekarang, yang beli sampai RM1,800 sebelum ini adalah pihak kilang.”
Hari ini, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) cadang naik subsidi satu tan padi kepada RM1,000 berbanding RM500, bagi mewujudkan situasi menang-menang petani, pengilang, dan pengguna.
Pengerusi Abdul Rashid Yob ketika bercakap kepada FMT, berkata ia penting bagi meringankan beban pesawah kesan peningkatan kos operasi, jika kerajaan keberatan meningkatkan harga beras di pasaran.
Katanya, jika harga lantai belian padi kekal pada RM1,300 satu tan, pesawah akan mengalami kerugian memandangkan kos pengeluaran naik hampir 55%.