Lelaki maut, 4 parah nahas 2 kenderaan

Lelaki maut, 4 parah nahas 2 kenderaan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya mengeluarkan seorang mangsa tersepit, tetapi disahkan meninggal dunia di lokasi.

Keadaan Perodua Viva dan pacuan empat roda selepas terbabit kemalangan di Jalan Pantai, Lahad Datu, awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang maut dan empat lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Jalan Pantai, Lahad Datu, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan pacuan empat roda, selepas panggilan kecemasan diterima pada 3.30 pagi tadi.

“Lima mangsa dalam kereta berkenaan dan seorang daripadanya tersepit. Bomba mengeluarkan mangsa tersepit, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Empat lagi mangsa cedera dihantar ke hospital, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa korban ialah lelaki berusia 52 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.