33 mangsa banjir di 1 PPS Sarawak

33 mangsa banjir di 1 PPS Sarawak

Jawatankuasa Bencana Sarawak turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu.

pps
Seramai 33 mangsa banjir masih berlindung di PPS Rumah Steven, daerah Tatau, Bintulu akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Situasi banjir di Sarawak kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Tatau, Bintulu, menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak.

PPS Rumah Steven di Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas.

Jawatankuasa itu turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang (Rh) terdiri daripada Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.