Iklan CNY Kementerian Perpaduan tonjol unsur keharmonian

Iklan CNY Kementerian Perpaduan tonjol unsur keharmonian

Iklan berdurasi lebih lima minit itu juga menyampaikan mesej seni halus dan penerangan mengenai halal dan haram.

Iklan 'Periuk untuk Jiran' d
Iklan pesanan khidmat masyarakat bertajuk ‘Periuk untuk Jiran’ menggarap konsep faham, hormat dan terima yang menjadi resepi keharmonian dalam negara.
PETALING JAYA:
Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan Kementerian Perpaduan Negara melalui pejabat Menteri Aaron Ago Dagang melancarkan iklan pesanan khidmat masyarakat (PKM) bertajuk ‘Periuk untuk Jiran’.

Kementerian berkata, iklan yang boleh ditonton sejak semalam hingga 4 Feb di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) berpaksikan konsep faham, hormat dan terima.

Katanya, karya itu memaparkan resepi mengekalkan keharmonian dalam negara dengan kehidupan masyarakat berbilang agama saling memahami, menghormati serta menerima amalan satu sama lain.

Iklan
Iklan ‘Periuk untuk Jiran’ disiarkan sejak 24 Jan hingga 4 Feb di semua platform RTM serta media sosial Aaron Ago Dagang dan Kementerian Perpaduan Negara.

“Selari hasrat kerajaan perpaduan bawah gagasan Madani diilham Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sentiasa menitikberatkan keharmonian dalam hidup silang budaya dan agama di Malaysia, ‘Periuk untuk Jiran’ yang digarap melalui resepi faham, hormat dan terima turut menyampaikan mesej seni halus dan penerangan mengenai halal dan haram,” katanya dalam kenyataan.

Iklan itu antaranya menampilkan pelakon berpengalaman yang kini popular di Indonesia Chew Kin Wah selain Rosnah Johari dan Izzul Faiq.

Chew membawakan watak uncle Lim manakala Rosnah sebagai puan Farida iaitu ibu Izzul dikenali Ismail dalam iklan itu, pembawaan watak mereka memberi kesan luar biasa.

“Lebih menarik, PKM ini juga dilakonkan pelakon mewakili masyarakat kaum India, Sarawak dan Sabah selain Melayu serta Cina, menterjemahkan betapa harmoninya kehidupan bermasyarakat di Malaysia seperti sering diungkapkan perdana menteri,” katanya.

Selain RTM, iklan itu juga boleh ditonton di Facebook, X, Instagram dan YouTube rasmi Aaron serta Kementerian Perpaduan Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.