
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada 3 petang tadi.
Sekretariat memaklumkan banjir di Kampung Simpang Halt berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama sejam pagi tadi, mengakibatkan beberapa kawasan di kampung tersebut dinaiki air.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan semua daerah di Perak diramalkan berlaku hujan pada malam ini.
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 123 orang daripada 34 keluarga sebelum ini dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Bahagian Bintulu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam laporan terkini memaklumkan PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong, yang sebelum ini menempatkan mangsa dari Rumah Tembawai Kapok, Awik, ditutup pada 3 petang tadi.
PPS tersebut dibuka sejak Ahad lalu bagi menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda rumah panjang berkenaan.
PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu, masih aktif dan menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas.