Polis rakam keterangan Harith Iskander berkait isu jenaka ‘ham’

Polis rakam keterangan Harith Iskander berkait isu jenaka ‘ham’

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata pihaknya turut dalam proses mengesan seorang lagi individu dikenali sebagai 'Cecelia Yap Song'.

harith iskander fb troll
Minggu lalu, Harith Iskander memuat naik jenaka mengenai ‘ham’ di media sosial, yang didakwa menghina agama Islam.
KUALA LUMPUR:
Polis sudah merakam keterangan pelawak Harith Iskander berhubung hantaran di media sosial dimuat naik berhubung isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam kelmarin.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, pihaknya turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu dikenali sebagai ‘Cecelia Yap Song’ dipercayai mempunyai kaitan dalam isu berkenaan.

Beliau berkata polis masih mengesan individu terbabit.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini polis menerima 16 laporan polis berkaitan isu itu di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi hari ini, menurut Berita Harian.

Minggu lalu, dalam hantaran Facebook, Harith secara berseloroh menyatakan ‘iman tergugat’ apabila beliau mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.

Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk itu dijual kedai serbaneka di Universiti Malaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.