Jangan maki orang Sabah ‘palui’, Hajiji ingatkan Hamzah

Jangan maki orang Sabah ‘palui’, Hajiji ingatkan Hamzah

Ketua Menteri Hajiji Noor tegur Hamzah Zainudin yang hambur kata penghinaan 'palui' kepada pemimpin dan rakyat Sabah.

Hajiji
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata tidak wajar pemimpin seperti Hamzah Zainudin datang ke Sabah bawa membawa budaya politik suka memaki.
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Hajiji Noor membidas sikap Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menghamburkan kata penghinaan ‘palui’ bermaksud bodoh terhadap pemimpin dan rakyat Sabah.

Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menggambarkan timbalan presiden Bersatu itu tidak wajar datang ke Sabah kerana membawa budaya politik Semenanjung, yang dikatakan suka memaki.

“Banyak (ramai) pemimpin dari seberang datang. Saya beritahu mereka, kalau datang mesti sopan santun. Jangan bawa perangai dari sana ke Sabah yang harmoni dan aman damai ini.

“Saya mahu beritahu Hamzah Zainudin jangan hina orang Sabah, jangan hina pemimpin Sabah,” katanya menurut Berita Harian dalam satu majlis di Keningau.

ketika berucap pada Program Jelajah Sayangi Sabah Zon 6 di Dataran Keningau, Keningau.

Hajiji mengulas ucapan Hamzah yang menyebut pemimpin dan rakyat Sabah sebagai ‘palui’ ketika berucap dalam program PN di Sepanggar, baru-baru ini.

“Kita tidak mahu pemimpin seumpama ini. Walaupun kita meraikan demokrasi, tapi budaya orang Sabah lain dengan sebelah sana (Semenanjung). Kalau sana maki hamun, makilah kamu, tapi jangan bawa ke Sabah.”

Sementara itu, Hajiji yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, menyuarakan keyakinan GRS mampu menang PRN Sabah akan datang.

“Kalau lapan parti (komponen) sudah bergabung ini, saya tidak percaya kita boleh kalah pada PRN nanti, tidak mungkin.

“Dengan kejayaan dan pencapaian kita empat tahun ini tidak mungkin kita gagal pada PRN ini,” katanya.

Katanya, GRS perlu bersatu hati walaupun berlainan pandangan.

“Walaupun berlainan pandangan, kita raikan, kita hormati. Tapi bila buat keputusan, kita satu hati kerana itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita pada PRN akan datang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.