
Hakim Mahkamah Sesyen Seremban Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizul Abdul Halim, 56, selepas dia kekal dengan pengakuan bersalah bagi semua tuduhan, lapor Kosmo.
Pada 11 Dis lepas, Azizul yang juga bapa 10 anak mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan bersama anak bekas menteri yang juga pengarah syarikat sama, iaitu Muhammad Faisal Hamzah, 39.
Muhammad Faisal bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
Menurut dua tuduhan, Azizul sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd, pemegang lesen borong barang kawalan berjadual, iaitu minyak masak, didakwa memberikan maklumat palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Maklumat itu diberi semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan mengemukakan dokumen atau maklumat yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961, berhubung dokumen atau invois penjualan minyak masak kepada Pasar Segar Din Maju dan Warisan Hasil Alam.