RON97, diesel naik 5 sen

RON97, diesel naik 5 sen

RON95 dan diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal.

PETALING JAYA:
Petrol RON97 dan diesel di Semenanjung masing-masing naik 5 sen bermula esok hingga 29 Jan.

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga ini seiring peningkatan harga minyak pasaran dunia.

Harga RON97 naik daripada RM3.38 kepada RM3.43 seliter. Diesel di Semenanjung pula naik daripada RM3.08 kepada RM3.13 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” menurut kenyataan.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.”

Sementara itu, harga petrol RON95 kekal RM2.05, manakala diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.