
Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Din Mohd Salleh, 60, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit, menurut Berita Harian.
Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap 17 Jan lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol pelajar perempuan OKU berusia 13 tahun di dapur rumah sewa di Kluang, antara 12 tengah malam hingga 1 pagi, 11 Januari lalu.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan kejadian berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain penjara dan sebatan, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling semasa dalam tahanan dan pengawasan polis setahun selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKSTKK.