Timbalan pengarah agensi kerajaan antara 2 ditahan terima rasuah RM600,000

Timbalan pengarah agensi kerajaan antara 2 ditahan terima rasuah RM600,000

Menurut sumber suspek disyaki menerima rasuah daripada syarikat pelabur sebagai balasan memudahkan urusan permohonan dari 2019 hingga 2024.

handcuff
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
PETALING JAYA:
Timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000 daripada beberapa syarikat pelabur.

Kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima rasuah daripada syarikat pelabur sebagai balasan memudahkan urusan permohonan syarikat terbabit dari 2019 hingga 2024.

“Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank sebuah syarikat perunding yang berperanan sebagai orang tengah,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, Majistret Syed Farid Syed Ali membenarkan kedua-duanya direman enam hari hingga 26 Jan ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.