Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai, langgar syarat lesen

Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai, langgar syarat lesen

Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata pihaknya akan menunggu kebenaran Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum memasuki lokasi kejadian.

Tangkap layar menunjukkan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang terbakar semalam.
PETALING JAYA:
Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menyiasat elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen susulan letupan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata pihaknya akan menunggu kebenaran Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum memasuki lokasi kejadian.

“Siasatan akan menjurus isu kecuaian atau pelanggaran syarat lesen yang dikeluarkan JAS,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan letupan berlaku selepas sebuah kilang di kawasan perindustrian Klang terbakar kira-kira 4.45 petang semalam.

Menurut laporan, siasatan awal mendapati letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan kimia disimpan di pekarangan kilang kimia.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pengujian udara oleh Pasukan Hazmat (Unit Pengurusan Bahan Berbahaya) mendapati udara dalam keadaan normal dan bahan terbakar ialah “recycle asid”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.