Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Sheriff ditemui selepas sejam dilapor hilang

Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Sheriff ditemui selepas sejam dilapor hilang

Polis berkata Mohd Sheriff Mohd Kassim dipercayai terlupa jalan pulang.

Mohd Sheriff Mohd Kassim
Polis berkata Mohd Sheriff Mohd Kassim ditemui semula di sekitar kawasan pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur oleh rakannya pada 9.30 malam Ahad. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Sheriff Mohd Kassim ditemui selamat di kawasan pusat beli-belah di ibu kota kurang sejam selepas dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Brickfields, Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata laporan kehilangan Sheriff dibuat ahli keluarganya.

“Individu ini sebelum itu dilaporkan hilang pada 8.40 malam, bagaimanapun beliau kemudiannya ditemui semula pada 9.30 malam.

“Beliau ditemui di sekitar kawasan pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur oleh rakannya dan dipercayai terlupa jalan pulang,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial memaklumkan kehilangan Sheriff yang dipercayai keluar dari kediamannya.

Tetapi, hantaran itu kemudiannya dipadamkan selepas Sheriff ditemui semula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.