
Dalam maklum balas kepada pertanyaan media berhubung Indonesia dan Filipina, Kao berkata “Indonesia mahu melihat Asean lebih kuat berbanding sebelum ini”, manakala Setiausaha Luar Filipina Enrique Manalo bercakap secara meluas berkait betapa pentingnya Asean kepada negaranya.
“Saya boleh katakan semua negara anggota Asean sering menekankan peri pentingnya Asean kepada dasar luar mereka. Ia menjadi asas berkait dasar luar,” katanya.
Indonesia dikatakan kurang menjadikan Asean sebagai keutamaan susulan Presiden Prabowo Subianto tidak hadir perbincangan tidak formal pada Disember lalu, dengan Filipina dilihat bertindak sendirian dalam dalam mengambil sikap paling agresif terhadap konflik wilayah di Laut China Selatan.
“Saya rasa apa yang saya dengar dari Indonesia – ada banyak jaminan, banyak komitmen dibuat bahawa Indonesia mahukan Asean lebih kuat berbanding sebelum ini,” kata Kao.
Kao juga menolak tanggapan tindakan berdasarkan persetujuan Asean dan prinsip tidak masuk campur tangan menjadi kekangan terhadap kemampuannya menangani isu seperti krisis Myanmar dan Laut China Selatan.
Berkait Laut China Selatan, Kao berkata, Asean masih secara aktif berunding kod tatakelakuan, dengan mengulangi komitmen blok itu meneruskan pelan lima perkara dengan Myanmar.