
Menteri Besar Pahang itu berkata, di peringkat negeri pula, permintaan yang disuarakan kerajaan negeri turut ‘didengari’ oleh PH.
“Misalnya dalam soal negeri, ada kelompok ‘musang king’ ingin menyerahkan memorandum kepada ahli exco daripada DAP.
“Saya minta ahli berkenaan jangan pergi ambil kerana sekarang bawa status kerajaan. Mereka patuh dan cuma hantar wakil sahaja,” katanya dalam sesi Town Hall Rakyat Sinar, semalam.
Tambahnya, masalah kecil yang mungkin berlaku antara parti merupakan perkara biasa yang pernah dialami dengan MCA sebelum ini.
Dalam pada itu, Wan Rosdy turut optimis Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi kalah menjelang PRU16 nanti.
Beliau yakin sentimen dan persepsi adalah bersifat sementara, malah rakyat akan kembali menyokong berpandukan prestasi kerajaan negeri.
“Maka untuk pilihan raya akan datang, selain (kekal) prestasi, kita akan uruskan persepsi. Ceritakan kepada rakyat apa usaha kerajaan negeri.
“Kita akui dulu kurang mendekati pelajar dan anak di luar Pahang pada PRU15, maka Sekretariat Anak Pahang Perantauan ditubuhkan,” katanya.
“Pendekatan kita agak berbeza dengan yg dilakukan sebelum PRU15”.
Pada PRU15, BN dilaporkan hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen yang jumlah itu lebih rendah berbanding PRU14 yang menang 54 kerusi Parlimen.