
Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Pakistan dan India.
“Dalam operasi ini, sebanyak 374 warganegara asing diperiksa dan 76 pendatang tanpa izin yang ditahan berumur di antara 20 hingga 55 tahun,” katanya dalam kenyataan.
Zakaria berkata semua warga asing itu ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.
Beliau berkata operasi susulan aduan awam itu melibatkan 113 pegawai daripada pelbagai bahagian di imigresen dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta undang-undang berkaitan termasuk Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).