Pertikaian di LCS, krisis Myanmar antara agenda permukiman Asean

Pertikaian di LCS, krisis Myanmar antara agenda permukiman Asean

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Amran Zin, kata Asean mahu memuktamadkan suatu kod tatalaku berkenaan Laut China Selatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Amran Zin kata menteri luar negara-negara anggota Asean akan membincangkan isu-isu geopolitik yang utama.
LANGKAWI:
Menteri luar negara-negara anggota Asean dijangka akan membincangkan krisis di Myanmar dan pertikaian di Laut China Selatan pada permukiman hujung minggu ini, menurut Wisma Putra.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Amran Zin, berkata pertikaian di Laut China Selatan akan dibincangkan susulan kemajuan berhubung deklarasi tatalaku pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan, dan rundingan untuk memuktamadkan kod tatalaku.

“Kami mencapai kemajuan berhubung tatakelakuan berkenaan,” katanya. “Jadi, sekarang kami sedang mengadakan perbincangan secara dalaman dalam kalangan Asean dan juga dengan China tentang cara menentukan langkah seterusnya dari segi rundingan.”

Deklarasi tatalaku tersebut, iaitu sebuah rangka kerja yang tidak mengikat bagi menangani ketegangan, ditandatangani pada 2002 oleh negara-negara anggota Asean dan China; ia mengesahkan komitmen pada kebebasan pelayaran, menyelesaikan pertikaian secara aman, dan kawal diri dalam menjalankan kegiatan maritim.

Pengkritik bagaimapaun mempersoalkan keberkesanannya lantaran pertikaian wilayah masih berterusan dan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip deklarasi itu, terutama penenteraan kawasan itu oleh China.

Asean dan China pada 2023 bersetuju untuk memuktamadkan rundingan berhubung kod tatalaku menjelang 2026.

Amran berkata krisis di Myanmar, termasuk isu seperti penipuan dalam talian dan pemerdagangan manusia, akan dibincangkan pada pemukiman itu.

Beliau berkata krisis di Myanmar menjadi agenda Asean sejak 2021 dan usaha membantu Myanmar menyelesaikan situasinya diteruskan.

Amran berkata topik lain yang akan dibimbangkan termasuk usaha membina komuniti di Asean, libat urus dengan rakan-rakan di luar rantau Asia Tenggara, dan mengkaji kemajuan keputusan-keputusan yang dibuat oleh para pemimpin Asean pada sidang Oktober lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.