Pemandu rentung dalam nahas 2 lori di Bintulu

Pemandu rentung dalam nahas 2 lori di Bintulu

Sebuah lori membawa muatan batu dipercayai melanggar bahagian belakang lori kayu balak sebelum terbakar, mengorbankannya pemandunya.

TENTUNG LORRY
Susulan kemalangan antara 2 lori di KM38.6 Jalan Bintulu-Miri semalam, seorang pemandu lori membawa muatan batu ditemukan rentung di dalam kenderaannya. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu lori membawa muatan batu rentung setelah kenderaan dipandunya terbakar selepas melanggar sebuah lori kayu balak di Jalan Bintulu-Miri malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 malam dan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudian dikerah ke lokasi kejadian di KM38.6.

“Didapati sebuah lori membawa muatan batu melanggar bahagian belakang lori kayu balak menyebabkan lori membawa batu itu terbakar,” katanya, lapor Bernama.

Setelah api dipadamkan, mangsa ditemukan rentung di tempat duduk pemandu.

Mayat pemandu yang belum dikenal pasti itu dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori balak terbabit tidak dapat dikesan di lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.