Pelaburan tak wujud: Ejen insurans rugi lebih RM600,000 wang KWSP

Pelaburan tak wujud: Ejen insurans rugi lebih RM600,000 wang KWSP

Selain menggunakan hasil caruman KWSP, lelaki warga emas itu turut meminjam daripada rakan untuk menyertai 'pelaburan'.

hacker scammer
Mangsa mula terjebak selepas melihat iklan pelaburan di Facebook 27 Sept lepas, menjanjikan pulangan pelaburan lumayan dalam tempoh singkat.
PETALING JAYA:
Seorang ejen insurans rugi RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 61 tahun itu terjebak selepas beliau melihat iklan pelaburan di Facebook 27 Sept lepas menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Pengadu menggunakan kesemua wang simpanan hasil caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meminjam dengan rakannya untuk menyertai pelaburan berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Hoo, mangsa mula memindahkan sebanyak RM4,220 ke dalam sebuah akaun pada 5 Okt, kemudian melakukan 24 lagi transaksi secara berperingkat sehingga 7 Jan lepas ke dalam lima akaun bank berbeza.

Beliau berkata, walaupun belum menerima pulangan, mangsa terus diminta memasukkan wang, kononnya untuk pelbagai urusan, mendorong lelaki itu tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.