
Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu susulan permintaan Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani bagi memberi kelonggaran untuk sektor berkenaan.
“Sejak September tahun lalu, kita sudah tutup (permohonan baharu pekerja asing).. Namun Datuk Johari kata bukalah untuk pekerja ladang, lagi lagi di Sabah, Sarawak.. sana teruk tak boleh petik buah, rugi ladang-ladang sana.

“Saya cakap..hold dulu, tanya dulu dengan syarikat ladang berapa ramai perlu, kemudian kita akan buat tapisan. Lembaga Getah akan tapis, pihak jaga sawit akan tapis..sahkan dulu.. kemudian baru kita bermesyuarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada siri syarahan menteri: ‘Madani Sedang Direalisasi, Dekad Baharu Malaysia’ di UiTM Shah Alam.
Saifuddin berkata kementeriannya juga memaklumkan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memasukan perkara melibatkan pekerja asing dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Tahun lalu, Saifuddin memaklumkan pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 Sept 2024 didapati menghampiri jumlah siling ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata KDN juga akan menghantar pegawai dan kakitangannya untuk mempelajari kemahiran penggunaan kecerdasan buatan (AI) di beberapa universiti terpilih.
“Kalau boleh mulakan di KDN, saya yakin pasukan KSU (ketua setiausaha), ketua-ketua agensi akan sambut sepenuhnya. Mula dengan ‘main hour training’, ‘reach out’ dengan fakulti AI di UiTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya.