SPRM, FBI tingkat kerjasama banteras rasuah antarabangsa

SPRM, FBI tingkat kerjasama banteras rasuah antarabangsa

SPRM bersama FBI fokus kerjasama risikan serta siasatan dalam kes berprofil tinggi melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.

azam baki n Jagdeep Khangura
FBI diketuai Atase Undang-Undang Jagdeep Khangura melakukan kunjung hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki di ibu pejabat SPRM, Putrajaya. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.

Menurut hantaran Facebook SPRM hari ini, kerjasama itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat FBI diketuai Atase Undang-Undang Jagdeep Khangura ke atas Ketua Pesuruhjaya Azam Baki di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira sejam itu memfokuskan kepada kerjasama risikan dan siasatan dalam kes berprofil tinggi melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.

Azam berkata, SPRM bersedia untuk memberikan kerjasama menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan pengubahan wang haram.

“Kekuatan serta keakraban hubungan antara SPRM dan FBI jelas diperlihatkan melalui pencapaian pemulihan aset terutama daripada kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.