PM bertemu rakan sejawat di Dubai

PM bertemu rakan sejawat di Dubai

Kedua-dua pemimpin membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta meneroka peluang dalam beberapa bidang termasuk isu serantau dan global.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima sebuah buku ketika kunjungan hormat ke atas Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum di Istana Za’abeel, Dubai.
DUBAI:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang juga pemerintah Dubai.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Za’abeel di sini.

Semasa pertemuan berkenaan, kedua-dua pemimpin membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, keterjaminan makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Turut sama pada pertemuan itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.

Lawatan kerja tiga hari ke UAE adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW). Anwar tiba di Abu Dhabi pada Ahad.

Terdahulu, Anwar memulakan lawatan hari kedua beliau dengan perjumpaan bersama pihak pengurusan tertinggi Dana Kekayaan Berdaulat negara itu iaitu Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), Mubadala dan Masdar di Abu Dhabi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.