
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ruslin Jusoh, berkata peningkatan itu sebahagian besar didorong pengambilan dadah sintetik, memandangkan bahan itu lebih mudah didapati.
Katanya, belia 19 hingga 39 tahun paling tinggi dikesan dalam penyalahgunaan dadah, seramai 98,977 atau 58.3%.
“Dadah yang paling banyak disalahgunakan adalah amphetamine type stimulant (ATS) seperti syabu, pil kuda, dan ekstasi melibatkan 119,410 bersamaan 70%.
“Ia diikuti oleh dadah jenis opiat membabitkan seramai 38,854 orang, manakala ganja (6,750 orang) dan selebihnya dadah jenis lain,” katanya menurut Kosmo di Kajang.
Ruslin berkata, sehingga 10 Jan lalu, seramai 58,875 orang sedang dirawat di 108 buah AADK daerah dan 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).
Daripada jumlah itu, seramai 1,502 orang klien sukarela dan 57,373 orang klien mandatori.
“Bagi tahun lalu, kita telah capai sebanyak 79% kadar kepulihan klien, berbanding sasaran ditetapkan iaitu 77%.
“Seramai 17,652 orang klien memenuhi kriteria kekal pulih daripada 22,224 orang klien yang telah tamat rawatan,” ujarnya.