
Katanya, beliau tidak mahu tawaran belajar ditolak atas alasan kemiskinan kerana tidak cukup wang.
Beliau berkata, pihaknya sudah meminta semua 57 institusi pendidikan MRSM memudahkan kemasukan 8,909 pelajar ditawarkan tempat ke tingkatan satu dan empat.
“Jangan jadikan alasan kemiskinan dan kekangan kewangan untuk menolak tawaran MRSM. Insya-Allah saya dah minta Mara dan semua 57 MRSM bantu,” katanya di Facebook.
Tahun ini, Mara menerima 93,635 permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu dan empat.
Daripada jumlah itu, 7,229 pelajar ditempatkan bagi kemasukan tingkatan satu, manakala 1,680 pelajar bagi tingkatan empat.
Semalam, Asyraf Wajdi berkata Mara terus komited dengan dasar inklusifnya dengan menawarkan 60% tempat di MRSM kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan kawasan luar bandar.
Beliau berkata, Mara telah mengambil langkah membantu keluarga memerlukan, khususnya keperluan seperti pakaian seragam, buku, dan peralatan asrama.