Dakwa ditipu, bakal jemaah ‘berkampung’ semalaman tuntut balik wang

Dakwa ditipu, bakal jemaah ‘berkampung’ semalaman tuntut balik wang

Mereka enggan lapor polis kerana bimbang wang syarikat itu dibeku sekali gus sukarkan proses dapatkan semula wang.

Lebih 50 bakal jemaah mendakwa menjadi mangsa penipuan apabila sebuah syarikat pelancongan gagal sedia tiket, hotel, dan visa ke Tanah Suci.
PETALING JAYA:
Lebih 300 jemaah sepatutnya berlepas ke Tanah Suci hari ini mendakwa ditipu apabila sebuah syarikat pelancongan gagal menyediakan tiket, hotel, dan visa.

Seorang daripada mangsa, Azieda Azhar, 42, berkata lebih 50 mangsa ‘berkampung’ di luar premis syarikat, sejak 10 pagi semalam bagi menuntut kembali wang.

“Dari 10 pagi semalam sampai sekarang kami tak balik. Kalau balik nanti pejabat tutup langsung tak dapat hubungi siapa-siapa.

“Sehingga kini kami belum dapat apa-apa penjelasan daripada pemilik. Sekarang kami nak dapatkan bayaran balik sahaja. Tapi, bayaran balik tu macam tipis nak dapat kerana pemilik tak dapat dihubungi, pegawai dia hubungi pemilik pun tak dapat,” katanya kepada FMT.

Azieda yang juga suri rumah, berkata dia dan suami mengambil pakej ‘cinta’ berjumlah RM11,000 dan mereka sepatutnya berlepas menunaikan umrah pagi tadi.

Ditanya sama ada telah membuat laporan polis, Azieda berkata pihaknya “dinasihat” tidak berbuat demikian bagi mengelak wang mereka sukar dituntut.

“Kami memang nak duit dikembalikan, apa pun pegawai syarikat ini bagus, tapi dia sendiri pun tak boleh nak buat apa,” katanya.

FMT telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mendapatkan maklum balas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.