
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata berkata semua suspek warga tempatan berusia 19 hingga 46 tahun.
“Serbuan dibuat setelah pihak polis menerima maklumat aktiviti menjual senjata api tiruan kepada orang awam.
“Polis merampas 67 senapang dan 70 pistol tiruan…turut dirampas 344 peket dan 18 botol berisi peluru plastik,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Menurutnya, polis Sarawak akan terus menjalankan operasi dan pemantauan terhadap penjualan senjata api tiruan di seluruh negeri ini.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi IPK Sarawak melalui talian 011-15696554 atau mana-mana balai polis berhampiran.”