Bayi 4 bulan mati, pengasuh taska ditahan

Bayi 4 bulan mati, pengasuh taska ditahan

Polis sedang menunggu arahan timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya selepas suspek dilepas dengan jaminan.

bayi baby
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Langat Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya percaya ada unsur kecuaian atau pengabaian dalam kes kematian bayi itu.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan.

Ketua Polis Kuala Langat Akmalrizal Radzi, berkata namun wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.

“Pihak polis kini sedang menunggu arahan timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Semalam, beliau dilaporkan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh tersebut yang didapati telah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim sebelum ini dilaporkan berkata taska yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi itu telah diarahkan tutup, pada Selasa lalu.

Dalam kejadian 3 Jan, bayi terbabit dibawa seorang pengasuh taska ke klinik di Bandar Saujana Putra dalam keadaan pucat serta kebiruan di bahagian bibir dan kaki.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Cyberjaya dengan ambulans, sebelum bayi itu disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang, hari sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.