
Ketua Balai Bomba Semporna Madzlan Sarman, berkata mangsa terdiri tiga lelaki, seorang perempuan, kanak-kanak perempuan, dan bayi lelaki.
Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 4.58 petang, yang melibatkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki enam individu berkenaan bersama seorang lelaki dewasa.
Turut terlibat nahas, sebuah kenderaan pacuan empat roda, dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Empat yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan empat lagi dalam MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Keseluruhan, 15 orang terlibat dalam kemalangan ini, dengan enam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Semua yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 7.16 petang tadi,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba Semporna memberi bantuan di tempat kejadian, dan punca kejadian masih dalam siasatan polis.