
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mungkin berlaku pelepasan kumbahan mentah.
Katanya, operasi loji kumbahan disyaki terjejas sehingga menyumbang kepada permasalahan itu.
“Bagaimanapun, pegawai penyiasat akan meneruskan siasatan hari ini untuk mengenal pasti jika berlaku permasalahan lain yang menyumbang kepada pencemaran,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sepakat Baru, Azmi Basiran, berkata pencemaran bau di kampung itu berkurangan sejak petang semalam.
Beliau berharap isu itu dapat diselesaikan sepenuhnya dan tidak berulang kelak.
Semalam, media melaporkan penduduk Kampung Sepakat Baru di Skudai yang tinggal dekat Sungai Skudai diancam masalah pencemaran bau lebih dua minggu lalu.
Penduduk tidak menolak kemungkinan pencemaran bau itu berpunca daripada Sungai Skudai, selepas mengesan pelepasan air berwarna hitam ke sungai.