Tiada kerajaan runtuh sebab bantu orang susah, kata Anwar

Tiada kerajaan runtuh sebab bantu orang susah, kata Anwar

Perdana menteri berkata kerajaan dalam dunia merudum kerana menindas dan didorong ketamakan.

Anwar Ibrahim
Prime Minister Anwar Ibrahim urged his critics and naysayers to focus on the nation’s development and the economy rather than arguing about petty issues.
KUALA LUMPUR:
Tiada kerajaan runtuh kerana menolong rakyat susah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan pentadbirannya meningkatkan gaji penjawat awam.

Katanya, kerajaan runtuh disebabkan hasad dengki, menindas, dan merompak dana awam dan tamak haloba.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata meningkatkan gaji kakitangan awam bukan isu.

“Saya bersedia buat,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia (MBM) ke-73.

Dilaporkan tahun lalu, Anwar berkata kira-kira 37% daripada 1.52 juta penjawat awam dalam pentadbiran persekutuan tergolong kategori B40.

Kumpulan berkenaan meraih gaji bulanan antara RM2,012 dan RM4,764.

Pada Ogos lalu, Anwar mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang menyaksikan penjawat awam menikmati pertambahan gaji antara 7% hingga 15%.

Penjawat awam di pengurusan tertinggi menerima kenaikan 7%, manakala bagi kumpulan pelaksana, pengurusan, dan profesional, mendapat peningkatan 15%.

Sementara itu, Anwar menyeru pengkritik memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan ekonomi, berbanding mempertikaikan isu remeh.

“Rakyat yang merempat masih banyak. Mutu pendidikan semuanya masih belum selesai, anak-anak di desa dan pedalaman belum mendapat pembelaan. Jangan sibuk dengan isu remeh.”

Beliau sekali lagi menafikan tuduhan tindakan terhadap personaliti penting dilakukan kerana didorong dendam.

“Kamu curi berbilion, bagi balik kepada rakyat.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.