Didakwa jual sandwich tak halal, UM tutup 2 kedai serbaneka

Didakwa jual sandwich tak halal, UM tutup 2 kedai serbaneka

Universiti Malaya berkata arahan penutupan bagi memastikan siasatan tidak terganggu.

UM berkata, arahan penutupan dikeluarkan susulan label halal diragui berkait produk ‘sandwich ham & cheese’.
PETALING JAYA:
Universiti Malaya (UM) mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.

Dalam kenyataan, UM berkata label itu berkait produk “sandwich ham & cheese”.

Katanya, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu.

“Premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.”

UM sentiasa memastikan bahawa produk terjual dalam kampus adalah daripada pembekal mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan, dan prosedur dikenakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.