2 maut motosikal bertembung di simpang jalan

2 maut motosikal bertembung di simpang jalan

Polis berkata dua mangsa korban ialah warga Indonesia 41 tahun, Abdul Hamid dan warga emas 69 tahun, Md Isa Md Yasan.

2 maut motosikal bertembung
Keadaan di tempat kejadian selepas dua motosikal bertembung di persimpangan Jalan Kampung Gombang/Kampung Batu 28, Lenga semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Dua maut selepas motosikal mereka bertembung di persimpangan Jalan Kampung Gombang/Kampung Batu 28, Lenga di Muar pada 5 petang semalam.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata warga Indonesia 41 tahun, Abdul Hamid menunggang motosikal dari Lenga ke Gombang dan sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang warga emas, Md Isa Md Yasan, 69, keluar dari simpang secara mengejut menyebabkan berlaku pertembungan.

“Pertembungan itu menyebabkan warga emas terbabit maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.