Pemilik, pembantu taska ditahan berkait bayi cedera digigit

Pemilik, pembantu taska ditahan berkait bayi cedera digigit

Polis berkata ketiga-tiganya kini disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan malam tadi.

baby bayi
Polis berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan. (Gambar Rawpixel)
KUCHING:
Polis menahan tiga wanita terdiri daripada pemilik taman asuhan kanak-kanak di bandar raya ini dan dua penjaga premis itu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz berkata ketiga-tiganya kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas penahanan dilakukan pada 7 malam tadi.

“Tangkapan dibuat susulan polis menerima laporan daripada ibu bayi terbabit pada 9.30 malam Selasa ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan ibu mangsa, bayi berusia lapan bulan itu didapati mempunyai bekas gigitan pada bahagian belakang badan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.