
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata individu berkenaan dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan.
“Setakat ini seramai 50 individu berusia 20 hingga 60 tahun terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway itu pada malam 31 Dis lepas,” katanya.
Polis masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan seorang lagi individu yang sedang menerima rawatan di PPUM berkait dengan kes yang sama dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu disyaki telah mengambil dadah.
Selain itu, tiga individu yang hadir pada konsert berkenaan turut dirawat di PPUM dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat simptom yang sama.