JKM arah tutup taska dalam kes kematian bayi 4 bulan

JKM arah tutup taska dalam kes kematian bayi 4 bulan

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Azmir Kassim berkata taska itu diarah tutup pada Selasa lalu sehari selepas lawatan pihak JKM.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 dan merekodkan keterangan pengusaha serta pekerja taska terbabit.
SHAH ALAM:
Sebuah taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu diarahkan tutup pada Selasa.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim berkata pihaknya mendapat pemakluman mengenai insiden berkenaan daripada polis pada Ahad lepas.

“JKM kemudiannya hadir ke taska itu pada Isnin dan mengarahkan untuk menutup operasi sehari selepas itu,” katanya ketika dihubungi.

Media hari ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah taska di Bandar Saujana Putra pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Langat Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada doktor di sebuah klinik di Bandar Saujana Putra pada Jumaat mengenai seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa oleh pengasuh taska ke klinik terbabit.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 dan merekodkan keterangan pengusaha serta pekerja taska, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.