Anwar cabar GLIC, GLC perkasa pembangunan Bumiputera

Anwar cabar GLIC, GLC perkasa pembangunan Bumiputera

Perdana menteri menggesa ketua setiap organisasi itu mengemukakan cadangan bernas dan menggerakkan prakarsa terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam majlis pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 pada Ogos tahun lalu.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk untuk memainkan peranan utama bagi memperkasakan pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Saya memberi cabaran kepada ketua-ketua GLIC dan dan GLC untuk mengemukakan cadangan bernas dan menggerakkan prakarsa terkait pembangunan ekonomi Bumiputera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) semalam, yang pertama tahun ini, membincangkan pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan kerajaan.

Katanya, MEB berperanan sebagai platform utama memantau keberkesanan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (Putera35).

Perdana menteri melancarkan Putera35 pada Ogos tahun lalu yang bertujuan mengangkat darjat dan martabat Bumiputera agar sejajar dengan aspirasi Ekonomi Madani.

Putera35 menggarap tiga teras utama dengan 12 pemacu dan 132 ikhtiar dalam memperkasakan lagi agenda Bumiputera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.