Pemandu, kelindan maut lori masuk gaung

Pemandu, kelindan maut lori masuk gaung

Lori yang membawa muatan besi itu terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan malam tadi.

lori masuk gaung
Kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar pagi tadi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, kata bomba. (Gambar JBPM)
KUANTAN:
Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.16 malam.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di lokasi kejadian kemudian membantu mengeluarkan kedua-dua lelaki itu yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.

“Operasi turut dibantu dua anjing pengesan (K9) sebelum bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.

Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.