
Dalam kenyataan, EAIC berkata hasil siasatan juga menunjukkan terdapat kelewatan penyelesaian kertas siasatan oleh JAS berkaitan kontena terbabit yang juga berpunca daripada kelemahan penyeliaan.
EAIC berkata, kontena mengandungi e-waste itu kini masih berada di Pelabuhan Klang. Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan negara asal kontena berkenaan.
“Kelewatan yang amat sangat mengenai pengendalian kes berkenaan boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan pencemaran alam sekitar tidak dapat dibendung dan dilindungi dengan segera,” menurut suruhanjaya itu.
EAIC juga mendedahkan terdapat kebocoran maklumat dalaman berkaitan pertukaran pengarah, pegawai dan lantikan pengarah, pegawai baharu akan melepaskan kontena-kontena berkenaan.
Siasatan terhadap JAS susulan maklumat diterima pada Mei tahun lalu kemungkinan terdapat salah laku dilakukan oleh pegawai agensi itu yang telag memberi kebenaran untuk melepaskan kontena dipercayai mengandungi e-waste di Pelabuhan Klang.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
Hasil siasatan, EAIC mengesyorkan tindakan tatatertib diambil serta hukuman sewajarnya dikenakan terhadap pegawai JAS yang terlibat kepada pihak berkuasa tatatertib (PBT) kumpulan pengurusan tertinggi melalui ketua setiausaha negara (KSN).
Selain itu, EAIC mengemukakan cadangan penambahbaikan prosedur tetap operasi (PTO) JAS dan arahan tetap operasi penguatkuasaan (Atop) JAS kepada ketua setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Awam untuk tindakan selanjutnya.
“…dan memanjangkan dapatan siasatan dan pengesyoran bersama-sama dengan laporan EAIC kepada KSN,” katanya.