
Kejadian kira-kira 9.40 malam itu menyebabkan mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha berkonvoi dengan rakannya ke Senawang.
“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, mangsa merempuh bahagian belakang kenderaan terbabit yang berhenti di lorong kecemasan kerana dipercayai mengalami masalah enjin.
“Pemandu kenderaan berusia 50an dan anak lelakinya berusia 30an yang berada di luar kenderaan ketika itu turut dirempuh,” katanya, menurut Sinar Harian.
Katanya, rakan mangsa yang berusia 30an turut terjatuh selepas motosikalnya hilang kawalan ketika cuba mengelak.
“Mangsa parah di kepala manakala rakannya cedera tangan kiri dan telah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Nilai Inspektor Rosliza Mohd Ludin di talian 010-4554359 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.