
Beliau menjelaskan kehadirannya itu atas kapasiti peribadi dan meneruskan sokongan kepada bekas presiden Umno itu.
“Sebagai ahli parti, kita menjunjung titah dan menghormati keputusan parti untuk tidak berhimpun.
“Tetapi saya tetap akan hadir atas kapasiti individu untuk memberikan sokongan kepada Najib seperti sebelumnya,” kata Adun Merlimau itu, menurut Berita Harian.
Umno memutuskan tidak meneruskan perhimpunan solidariti bersama Najib, atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong.
Dalam kenyataan, Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu akur pada saranan titah agar menghormati kuasa prerogatif Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan.
Perkembangan itu menyusul kenyataan Istana Negara, yang mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan.
Sebelum ini dilaporkan suatu perhimpunan akan diadakan pada 6 Jan, iaitu hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.