
“Itu tanya pengerusi Barisan Nasional (mengenai perhimpunan).
“PH tak terlibat,” katanya kepada pemberita, merujuk Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan di Istana Kehakiman, Putrajaya, yang akan menyaksikan penyertaan pelbagai parti.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam surat dalaman kepada parti berkata himpunan itu diadakan bagi menunjukkan solidariti bersama bekas perdana menteri dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung titah adendum Agong.
Lebih 200 bas membawa penyokong Najib dijangka ke perhimpunan itu, terdiri ahli Umno dan PAS. Pemimpin Bersatu juga dijangka hadir.
Semalam, Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, berkata ribuan ahli parti itu akan hadir bagi menyatakan solidariti kepada Najib.
Manakala, Setiausaha Agung Parti Progresif Rakyat (MyPPP) Inder Singh Beant Singh memaklumkan ahlinya juga akan hadir.
Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun, dari 12 tahun selepas ia dikurangkan oleh Lembaga Pengampunan susulan sabitan dalam kes SRC International.
Perhimpunan itu diadakan pada hari sama Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.