
Mel Maxpherson Munded, 35, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Oon Kork Chern, lapor Berita Harian.
Oon juga mengarahkan tertuduh dihukum penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melontarkan komen yang berbaur ugutan dan mengancam keselamatan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di Facebook pada 30 Dis lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pada 30 Dis lalu, kira-kira jam 11 malam, Baby Shima terbaca satu komen di Facebook dengan ayat “Lagi U masuk Sarawak!!. Hati-hati, your enemy MU sudah. Jangan pulang Melaya dengan mayat saja!! Take care Baby Shima.”
Polis menerima laporan daripada penyanyi terbabit yang tampil ke Balai Polis Sibu pada tengah malam Isnin lalu dengan ditemani Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing.
Bertindak atas laporan itu, polis berjaya menahan suspek di Kota Sentosa pada malam Selasa lalu.
Baby Shima merupakan antara artis jemputan yang membuat persembahan pentas pada acara sambutan ambang tahun baru 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya.