
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata lelaki itu ditahan pada 12.30 tengah hari 26 Dis lalu dan disiasat bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, orang kena tahan (OKT) itu dibawa ke mahkamah Kota Bharu pada 9.14 pagi 27 Dis lalu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman empat hari mulai Jumaat lalu hingga semalam.
Pada 7 pagi semalam, beliau berkata, anggota bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki terbabit tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi oleh penolong pegawai Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
Katanya, kes itu diklasifikasikan mati mengejut serta disiasat Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
“Siasatan lanjut masih diteruskan sehingga menerima laporan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara siasatan dijalankan,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan malam tadi.