KSN pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga

KSN pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga

Shamsul Azri Abu Bakar menggantikan Mohamad Razif Abd Mubin yang berkhidmat sebagai pengerusi sementara.

Shamsul Azri Abu Bakar
Pelantikan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar sebagai pengerusi Suruhanjaya Tenaga kuat kuasa esok.
PUTRAJAYA:
Kerajaan bersetuju dengan pelantikan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar sebagai pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) baharu berkuat kuasa esok.

ST dalam kenyataan memaklumkan, Shamsul Azri, 55, mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam, selain pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), dan pentadbiran kerajaan negeri.

“ST mengalu-alukan kepimpinan Shamsul Azri untuk membawa agenda ST ke tahap yang lebih tinggi.

“ST juga mengucapkan terima kasih kepada Mohamad Razif Abd Mubin atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi sementara ST,” menurut suruhanjaya itu.

Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, ST bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.