Fahmi Reza dipanggil polis lagi

Fahmi Reza dipanggil polis lagi

Artis kontroversi itu berkata dia mungkin tidur di lokap polis sekiranya tiada perkembangan terbaharu darinya selepas 8 malam.

fahmi reza
Sebuah NGO pada Jumaat lalu, membuat laporan polis terhadap pereka grafik kontroversi yang juga aktivis Fahmi Reza kerana didakwa menghina institusi diraja.
PETALING JAYA:
Pereka grafik kontroversi yang juga aktivis Fahmi Reza dipanggil polis di Sabah berhubung tindakannya menampal karikatur terbarunya di satu lokasi di Kota Kinabalu.

Fahmi berkata dia dalam perjalanan ke balai polis untuk disoal siasat polis Kota Kinabalu berkait satu poster yang ditampal di bandar itu.

“Kalau aku tak update sebelum jam 8 malam maknanya aku tidur lokap malam ini,” katanya di X.

Fahmi berkata dia disiasat kerana manghasut, salah guna kemudahan rangkaian dan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Pada Jumaat lalu, sebuah NGO membuat laporan polis terhadap Fahmi kerana didakwa menghina institusi diraja berhubung perlantikan Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu.

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) juga menggesa Fahmi yang ketika ini berada di Sabah, dibawa pulang ke Semenanjung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.