8 termasuk 3 budak cedera kemalangan babit MPV, treler

8 termasuk 3 budak cedera kemalangan babit MPV, treler

Mangsa yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang MPV.

MPV and trailer
Sebuah MPV terlibat kemalangan dengan sebuah treler dekat Felda Nitar 1, Mersing, petang tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler dekat Felda Nitar 1, Mersing, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Shamsuri Shafai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.01 petang sebelum sepasukan 13 anggota berserta dua jentera dikerah ke lokasi.

“(Pasukan) bertindak menyelamatkan kesemua lapan mangsa yang menaiki MPV termasuk pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Pemandu treler tidak mengalami kecederaan, manakala kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 3.48 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.