
Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) juga menggesa Fahmi yang ketika ini berada di Sabah, dibawa pulang ke Semenanjung.
Pengerusi G57, Zulkarnain Mahdar juga menuduh Fahmi membuat provokasi menerusi karikatur terbarunya, yang didakwanya menghina bekas ketua menteri Sabah itu.
“Saya nasihat Fahmi supaya jaga sensitiviti dan jangan hina orang Sabah. Kita menahan sabar yang tinggi… tetapi tahap sabar ada hadnya,” katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Sri Petaling.
Pada 17 Dis lalu, Musa diumumkan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, menggantikan Juhar Mahiruddin, yang penggalnya tamat pada 31 Dis.
Pada minggu lalu, Fahmi dilaporkan disiasat Bukit Aman di bawah Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung grafik terbaharu ciptaannya.
Selain membuat laporan polis terhadap Fahmi, kumpulan itu juga membuat satu lagi laporan terhadap seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Linus’.
Zulkarnain berkata, ‘Linus’ adalah individu dalam satu kumpulan WhatsApp yang mendakwa perlantikan Musa mempunyai unsur rasuah.
Beliau juga mendakwa individu itu mempunyai kaitan dengan sebuah parti di Sabah.
“Saya serah bahan bukti dan berharap SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) termasuk polis dapat bekerjasama mengambil tindakan agar tidak membiarkan individu ini tidak memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum),” katanya.