
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud, berkata setakat ini pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewajibkan perkara itu.
“Bagaimanapun, pelaksanaan berkenaan akan diperluaskan kepada PBT-PBT lain di negeri ini,” katanya menurut Sinar Harian di Kota Bharu.
Beliau berkata, pada masa sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) turut membuka peluang untuk mendapatkan sijil halal kepada industri kecil, perhotelan serta individu mengusahakan produk makanan serta minuman di rumah.
Katanya, setakat Januari hingga Disember tahun ini, sebanyak 453 premis diiktiraf sebagai pemilik sijil halal.
Asri berkata, daripada jumlah itu, 198 premis itu terletak di Kota Bharu dan selebihnya di jajahan seluruh Kelantan.
Beliau berkata, hampir 80% premis berkenaan pemiliknya adalah Melayu Islam dan selebihnya bukan Islam.
“Di Kelantan tiada isu orang bukan Islam rasa ‘rigid’ dengan sijil halal, mereka boleh terima. Sementara itu setiap tahun JAHEAIK akan membuat pemantauan mengejut untuk tujuan pemeriksaan kepada semua premis yang memiliki SPHM (sijil pengesahan halal Malaysia),” katanya.